Search

“Dah... Grab dah
  • Share this:

“Dah... Grab dah sampai.”
Pandai Kak Rose nak larikan diri.
“Look at the bright side. Your anti fan ada kat depan rumah... Manalah tahu dia boleh dapat berikan Lily idea for your new book. Tak adalah buku Lily tu orang akan kata stereotaip!”
“Stereooo...”
“Bye!!!”
Hesy...
Stereotaip Kak Rose kata?
Selepas 7 buku aku keluar...
Dia cakap stereotaip?
Inilah...
Inilah akibatnya bila duduk berdepan dengan musuh ketat aku. Apa agaknya yang E. Zahrin with no brain tu dah brainwash kepala otak satu-satunya kakak aku yang selama ini selalu menyokong aku? Sakit hati kena tipu dengan Fhaliq pun tak rasa sakitnya seperti ini!
Ah...
Tak payah fikir sangatlah...
Tak menjejaskan apa-apa pun.
Buat aje hal sendiri.
Aku tekan butang lif untuk naik ke tingkat enam. Sebaik aje pintu lif terbuka, aku pun masuk.
Ya...
Buat aje hal sendiri kan!
Masing-masing pun penulis...
Masing-masing pun ada deadline kan!
Baru pintu lif tu nak terkatup... Ada tangan tiba-tiba menjulur masuk dan menghalang pintu lif itu dari terkatup... Buat aku terkejut.
Seorang lelaki masuk...
Dengan berbondong plastik merah ditangannya.
Aku pandang dari bawah sampai atas.
E. Zahrin!
“Nak pau?”
“Hah?”
“Pau ayam? Kambing? Atau kaya?”
“Errr...”
“Nah, kacang merah. Pau kat kedai depan tu sedap.”
Dia berikan aku sebungkus plastik merah daripada tangannya.
“Oh, terima kasih.”
Nampak baik pula...
Siap bagi pau.
Macam tahu-tahu aje aku tengah lapar.
Mungkin betul juga cakap Kak Rose, sejak jadi jirannya E. Zahrin tu seorang yang baik.
“So, tengah tulis cerita apa sekarang?”
Baru aku nak buka mulut...
“Cerita hero tu CEO, jatuh cinta dengan anak orang gaji rumah sebelah. Anak majikan rumah sebelah cemburu dan mula jadi batu api. Betul? Atau perlu ke saya sambung lagi?”
Eh...
“Anak majikan tu mula perangkap hero dan menyebabkan hero terpaksa memilih anak majikan tu.”
Ah!!!
“Tak payah nak terkejut sangat. Standard la buku awak tu. Stereotaip!”
Dan aku...

#JODOHTERSALAHALAMAT


Tags:

About author
Apa yang di dalam page ini, merupakan hal-hal berkaitan dengan Syamnuriezmil. Page ini diadmin oleh penulis sendiri. Tidak boleh dishare apa saja link ke belog saya kecuali dengan izin.
Bukan penulis sepenuh masa tapi aku mahu menulis sehebat Shakespeare, sejiwang Jane Austen dan sesem
View all posts